Who Am I ?

My Followers :

Monday, 26 December 2011

20 Fakta Tentang Aku .



Dah jawab ke belum salam tuu ? Hikhik .. Baiklah ~ Malam ni tetiba dpt ilham nk buat post pasal '20 Fakta Tentang Aku'. Wahh .. Menganda2 pulak aku. Hakhak .. Alang2 dah rajin bukak blog ni. Aku post laa selalu benda yg lama dah aku duk simpan.

Baiklah.. Berhenti merepek, koya, beleber dan sewaktu dgnnya. Mari kita mulakan sekarang ! Wow .. Semangat bebenor bunyinya tuu ^-^

1) Aku suka makan pedas. Mmg suka sgt2 ! Sejak dari 6 tahun lagi wei. Masa tuu nenek aku buat sambal. Aku tgk mcm sedap je. Mula2 nk try takut. Tapi takut rugi pulak kalau tak try. Last2 ... Ketagih sampai sekarang.

2) Aku 1cm lagi tinggi dari kakak aku ! Muahahahaha *gelak jahat*

3) Aku ni agak pemalu -.- ! Bukan agak tapi memang pemalu. Tak tau laa berjangkit dari sapa. Org tanya sepatah, aku jawab sepatah. Tapi kalau dgn org yg betul2 rapat dgn aku,  takyah ckp laa. Belum tanya lagi aku dah jawab. Haha !

4) Suka tengok pemain bola. Hakhak.

5) Sejujur jujur jujurnya , aku lebih suka kalau org panggil aku dgn nama penuh aku, 'Munirah'. Sbb nama tuu kan doa. Hihi. Tapi kalau dah biasa panggil 'Muni' tuu biar je laa. Nak buat mcm mana ? Takkan aku nak paksa jugak suruh panggil nama penuh aku.

6) Aku lebih suka diam dari byk bercakap. Tak tau laa kenapa. Tapi kdg2 dlm kelas tuu aku yg paling bising  *-* !

7) Cepat tersentuh and nak nangis tapi jenis yg agak malu nk nangis depan org ramai. Aku akan cover habis-habisan sampai nk terkeluar bijik mata O_O .

8) Aku suka jalan laju2 kot bila kat sekolah. Bukan apa, masa tuu kan biji timah. Eh2, salah. Masa itu emas. Ahahaha . Best student laa konon !

9) Aku lebih suka minum air sejuk dari air panas. Haha .. Tuu pun nk kata ke ? Ye .. Aku tau ramai yg macam ni. Tapi kdg2 pagi2 hari pun aku minum air sejuk sampai sakit tekak + batuk. Tuu pun aku x serik2. Batuk2 pun aku minum air sejuk jugak. Ish3 ^^

10) Sgt2 suka coklat Bueno. Ummm.. Sedap gila ! Eh2, coklat Crunchy pun aku suka jugak. So ... Ada sesapa yg sudi nk belanja aku ? *euuuwww* -versi gedik



11) Aku suka warna yg cerah2. Tak suka sgt warna yg terlalu terang. Aku suka yg soft2 je. Especially biru cerah <3

12) Aku suka tekan pen aku bila aku menulis tau. Sampai tulisan aku jadi terang benderang. Kawan2 sekelas dgn aku mmg tau sgt habit aku yg ni. Alasan aku nk bagi terang sikit biar cikgu nampak :)

13) Aku tak suka dipaksa ! Tolong faham.

14) Penakut ! Aku dah cuba elak dah perangai ni tapi ... still tak berjaya. Oh ya, walaupun aku penakut, aku suka tengok/dengar cerita hantu. Aku ni mmg tak reti nk serik .

15) Aku suka memasak walaupun still dlm tahap 'belajar memasak' dgn mak aku a.k.a bekas chef di hotel 40 bintang. Haha :p

16) Next .. Aku suka gila main badminton. Aku biasanya maindgn kakak aku. Act, aku pandai main badminton pun sbb kakak aku. Dia yg ajar aku petang2. Terima kasih mak cik NabNab ^_^ ~

17) Aku ni pelik sikit. Bila aku tidur awal, aku akan bangun lambat. Tapi bila aku tidur lambat, aku akan bangun awal. Aneh tapi benar. Sbb tuu laa bila hari sekolah, aku selalu tidur2 lambat2 sbb nak bangun awal. Sampai mata aku jadi mcm mata panda o_o

18) Fuhh .. Dah no. 18 pun. Dah bengkok tangan aku menaip. Baiklah .. Kita sambung ya anak2 .. Aku ni jenis suka berangan depan cermin bilik air. Ulang lagi ~ CERMIN BILIK AIR. Bukan dekat cermin kereta, cermin ruang tamu mahupun cermin mata ! Aikk ? Bukannya berangan jadi Erra Fazira ke apa. Tapi aku suka berlakon depan cermin tau. Berlakon babak sedih. Tak tau laa apa motif aku buat. Tapi tiap2 hari mesti aku akan buat punya. Ada bakat semula jadi nak jadik pelakon sinetron kot. Bluwekkk .. *Muntah darah*

19) Aku ni hantu cermin dekat sekolah. Pantang nampak cermin, mesti aku pergi tengok punya. Bak kata pepatah, Di mana ada cermin, di situ ada Munirah. Ahaha !

20) Aku suka campak phone aku merata rata. Bila emergency je, mulalah terhegeh hegeh cari. Waduhh2 --'

Siap. Mu orang pulak mcm mana ? Share2 lah neh. ^_^

Test Otak Hangpa Jap --


Ok ! Aku ada terjumpa beberapa gambar yg agak menarik untuk dikongsi tau. Dah2 .. Aku taknak ckp byk. Korang tgk kat bawah ni :-


1- Aduiihh .. tak tau laa kenapa. Kepala aku pening tgk gambar ni. Entah berapa kali dia tangkap gambar. Ce korang try fikir. Comfirm korang pun pening @-@ !


2- Haa .. Ce korang try baca ayat yg ada dlm gambar tuu. Setakat ni aku boleh baca lagi. Sesapa yg tak ley baca tuu cpt2 laa pergi check mata kat doktor k. Wah , memandai je aku.

3- Ok ! Aku cabar korang sebut warna perkataan tuu. Bukan sebut perkataan yg ada tuu. Tapi sebut WARNA perkataan tuu laju2.

4- Sekarang korang baca ayat yg ada dlm segi 3 kat bawah ni kuat2 !
Aikk ?? Mesti korang sebut 'A bird in the bush' kan . Aku pun sebut tuu jugak masa mula2 aku jumpa gambar ni.


5- K A N T O I  !!

6- Ce korang tgk gambar petak dekat atas. Warna petak tuu x sama kan ? Yg atas warna kelabu gelap, yg bawah warna kelabu cerah. Ok, sekarang cuba korang letak jari korang antara kat tgh2 yg menghubungkan petak tuu. Dan tengok apa yg berubah .. Hihikk ~~ Suprise :)


----- K laa.. ASSALAMUALAKUM !

Mainan Budak Kecik ?

 
Takdi pergi klinik jap. Check gigi 1 family kecuali aku sbb haritu aku dah check. Lepas siap check tuu, semua adik2 aku pakat ajak mak aku pergi nirwana. Nak beli mainan laa konon. Sampai je nirwana, tempat first yg dituju ialah bahagian mainan. Haha .. Punya laa semangat diorang nk beli mainan.
 
Pastuu kan, masa aku tgh saja2 duk belek2 kat rak mainan kan. Aku terjumpa ni ~
 
Hentam gambar google je .
 
Bagi sesape yg x tau apa kebendanya ni. Ne laa BUBLE SWORD. Yg belon buih besar tuu.
 
 
Punya laa excited aku jumpa benda ni *ski org darat*. Last2 aku pujuk laa jugak mak aku. Muahaha ~~ Nk jugak try belon ni. Sebelum ni belon yg selalu aku jumpa kat kedai yg gambar superman tuu je haa. Yg kecik tuu.
 
Jadik, tuu je nk cerita sebenarnya. Haha .. Buang masa korang je baca. Sorii :D
 
P/S : Teruknya nama blog aku. GirlGirl terus hentam. Haha .. Mmg kering idea laa wei ~ Takpe2, nanti aku tukar kalau aku dah ada idea ! Jgn main2, nak bagi nama blog pun kena tunggu idea dtg. Ahaha .
 

Tuesday, 20 December 2011

HikHukHakHok .

 
Amboi tajuk ..Teruk bebenor bunyinya. Haha ~ Sebenarnya takda idea nk letak tajuk apa. Tu yg main hentam je. Hurmm .. Lama dah aku tak cara ke blog. Nk ber-blogwalking pun aku malas. Bukan apa .. Aku tgh kemarut game dlm fb. Nk tau game apa ? Nie haa --
 
 
Mula2 tgk kakak aku main. Pastuu rasa mcm nk try je. Last2 terus ketagih. Haha ..

Friday, 16 December 2011

Be Strong, Tini .


Tini, saya tau awk byk sgt masalah sekarang ni. Banyakkan bersabar k .. Saya selalu ada disisi awk. Perghh .. Jiwang siot ayat aku. Haha .. Takpa ~ Sekali sekala utk kawan :)


Boss ? Haha ;D

Wednesday, 14 December 2011

Blackout !

 
Masa pukul 7 lebih takdi kan ...1 taman rumah aku blackout ! Hahaha..Gelap gila ..! Sekarang dah ok :)


Tuesday, 13 December 2011

Shopping Brg Sekolah ~

Assalamualaikum ..

Semalam pergi brg2 sekolah sikit. Beli dekat Kemaman ni je haa sbb ayah pergi Johor sekarang ni. Tak banyak sgt aku beli brg sekolah utk aku. Beg, tudung & baju, aku guna yg lama je. Lagipun elok lagi. *Dlm hati meraung nak yg baru*

Tapi ..... tapi ... Yg bestnye semalam. Aku dpt baju bola ! Perghh .. lama dah aku nk baju bola yg hitam + kuning tuu. Pastuu semalam masa jln2 dlm kedai tuu ada nampak baju tuu. Apa lagi, terus aku tarik mak aku ! Haha .. Kakak aku pon dpt jugak. Nanti kalau aku rajin aku upload gambar aku pakai baju bola. Tuu pon kalu rajin laa. :) K ah .. Assalamualaikum !

Saturday, 10 December 2011

Gerhana Bulan :)

Assalamualaikum !

Haaa ... Sapa tgk gerhana bulan semalam ?? Untungnya sapa yg dpt tgk tuu. Kat sini tak dpt tgk pon sbb hujan. Sedih laa jugak. Harini aku bukak fb, ada mende yg buat mata aku sakit tau ! Kurang ajar gila org tuu. Aku malas nk letak nama dia kat sini. M E N Y E M A K ! Dia tuu org indon. Mungkin ramai dah tahu pasal die kot. ah .. Tuu je ~ Assalamualaikum !



Gambar nie curi dari encik Google je !

Saturday, 3 December 2011

Saya Budak RAJIN ! -.-

Assalamualaikum datuk, nenek, pakcik, makcik, abang, kakak, adik. Hihik .. Wah3 .. Tajuk puji diri sendiri nampak. Haha ^_^ Takdalah rajin sgt. Cuma harini aku teman kakak aku pergi library. Pergi baca buku sikit.

Aku baca buku cerita hantu weh. Tajuk dia 'Hantu Hijau'. Pelik an ? Baca punya lah tebal buku nia tapi last2 tak tau ending dia mcm mana sbb muka surat 3 bab terakhir koyak. Mmg berbunga bunga lah hati masa tuu !

Kesimpulannya .. Sebelum nak baca buku cerita mana2 tuu, check lah dulu muka surat di dlmnya. Jgn jadi mcm aku, nampak buku yg menarik je, terus hentam baca mcm tuu je. Ahaha.



P/S : Harini mak aku masak mee kuah. Perghh, mmg superb ! Semua pakat menambah.

Friday, 2 December 2011

Disember Sudah Datang !

~~ Assalamualaikum ~~

Yeayh2 .. Dah bulan 12 dah .. Sebulan je lagi cuti. Amacam korang ? Dah beli brg2 sekolah ? Aku pun dah tanya mak aku. Bila nak pergi beli brg sekolah. Mak aku kata x tahu lagi. Tahun depan adik bongsu aku akan sekolah buat kali pertamanya. Haha .. Tak boleh bayang lah macam mana weyh. Aku pulak akan jadi budak Form 2. Perghhh .. lepas tuu form 3. PMR weii ~~ Debar gila.

Ok. Ubah topik pulak. Takdi aku jalan2 kat blog2 org lain. Hurmmm .. Siyes aku kata. Aku jeles sgt tgk blog2 yg omey lotey. Pandainya lah diorang edit. Blog aku mcm ni je haa... Tak banyak perubahan. Ehem2 !! Ada sesape nk tolong ajar saya hias blog ?? Takde ?? K, kalau takde takpelaa :(

Assalamualaikum ~

Tuesday, 29 November 2011

Tinggal Kenangan .

Assalamualaikum ..


Ok. Aku perhatikan bulan cuti ni ramai yg update status 'rindu nk pergi skolah'. Haha .. Aku pun camtuu jugak sebenarnya. Tapi kan ... dulu masa sekolah aku x sabar2 nk cuti sbb nk bebas dari kerja sekolah yg berbukit2. Bila cuti pulak .. aku bosan asyik duduk kat dlm rumah je. Nk keluar jalan2 x boleh sbb hujan. 


Ahhh .. Aku rindu nk main2, gosip2, gelak2, lepak2 dgn kwn2 aku. Tahun depan x tahu lagi duduk kelas mana. Harap2 x turun kelas. :D

Thursday, 24 November 2011

Jgn Ketawa Lebih2 !

Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ket...awa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandungi 8 bahaya :-

~✿ Tercela oleh ulama' dan orang yang sopan sempurna akal.
~✿ Memberanikan orang bodoh kepadamu.
~✿ Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohan mu dan bila engkau alim berkurang ilmu mu sebab ada riwayat : "seorang alim jika ketawa bererti telah memuntahkan ilmunya."
~✿ Melupakan dosa-dosa yang lampau.
~✿ Memberanikan membuat dosa di masa depan kerana bila ketawa terbahak membekukan hati mu.
~✿ Melupakn mati dan akhirat.
~✿ Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawa mu.
~✿ Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat..











P/S : Mende ni aku terjumpa dekat fb. Tak salah kan nk share mende2 yg penting mcm ni ? Ni sebagai peringatan utk diri aku sendiri sebenarnya. Hehe ~~

T E R H A R U !

Assalamualaikum ! Urmmmm :(

Takdi aku tengok cerita 'Taubat Nasuha' *ehem2, bukan Auni Nasuha k*. Perghh .. Nk dekat ending dia tuu mmg berair mata aku. Harapkan ada family aku tengok sama2. Aku  control jugak air mata aku ni. Sedih gila wey .. Aku suka ayat dia masa ending tuu dan mmg aku sokong 99%. Ni ayat dia :

' KITA AKAN MENGHARGAI SESUATU BENDA ITU SETELAH IANYA TIADA '

Tuesday, 22 November 2011

Banjir Kah ?

Assalamualaikum ..

Hari ni air longkang depan & belakang rumah dah naik takdi. Tapi sekarang mcm dah surut sikit. Fuhh .. Harap2 tak banjir tahun ni. Adik2 aku pulak nak sgt banjir tahun ni. Al-maklumlah , nak main air lah katakan. Air longkang ! Eeeuuuww ~~~~*versi gedikk* .. Aku paling benci tidur kat sekolah bila banjir. Tak selesa :( ! Lepas tuu  mandi kat tandas sekolah yg BERSIH lagi WANGI tuu. Perhh ..! M E N Y E K S A K A N ! K ah, Sampai sini je. Assalamualaikum !

Short Post --

Assalamualaikum ..

Ok ! Semalam bola kan. Malaysia vs Indonesia. And ... Pheewiittt , Malaysia menang. Oh ye, semalam masa dpt gol tu aku & kakak aku jerit lah kan. Last2 , kena marah dgn ayah aku. Hihi.. Sowie ayah >_< . Excited sgt masa tuu. Lain kali tak jerit dah. Jerit dlm hati je. -.- ~




Sekian ...

Monday, 21 November 2011

Cancel .

Assalamualaikum ..

Emm .. Aku sakit gigi laa wei. Semalam aku ckp laa kat mak aku yg aku nk check gigi. Mak aku kata nk pergi harini tapi last2 cancel. Mak aku penat sgt kot harini. Encik Gigi yg tersayang, sabar erk. Minggu depan kita date k. Euwwww ! Ahaha. Cop2, adakah gigi aku berlubang ? Huwaaa >_< ! Aku taknak tampal gigi.

P/S : Tema blog aku BIRU laa wei. Maklumlah, selama ni asyik colour PINK je. Sakit mata wei ! Ohoho ^^

Friday, 18 November 2011

Adakah cuma angan angan ?

Assalamualaikum ...

Aku nak jadi tuuutt masa besar nanti boleh tak ? Hehe. Buat masa sekarang aku taknak beritahu lagi korang apa itu 'tuuut' kat atas tuu. Toink2. Jgn marah ^_^


Thursday, 17 November 2011

Please ..

Tolong jgn paksa2 aku. Aku kata tak boleh, tak boleh laa.

Adib's New Hair -

Adik aku dah botak. Ahaha. Lawak laa aku tengok. Dah macam Hagemaru. Tapi jgn risau, adik aku tetap cute macam kakak dia yg kedua tuu. Baiklah, jemput muntah sekarang ^^

                                                            

To all Year 6 --

Assalamualaikum ..

Ok .. Aku ucapkan tahniah utk budak2 darjah 6 yg dpt 5A. TAHNIAH. Dan ... Sesapa yg x dpt 5A tuu jgn lah sedih. Ni baru permulaan. PMR, SPM ade lagi k. SKBM II ( Sekolah lama aku) ada 29 org 5A. Tahun ni paling tinggi kot. Tahun aku haritu 24 org je.

Teringat pulak masa hari aku nk ambil result UPSR harituu, entah berapa kali aku pergi tandas. Berdebar habis. Dia umum nama org yg dpt 5A dulu masa tuu. Nama aku nk dekat last2. Nak tunggu nama aku tuu sikit punya seksa ~

Pastuu .. Malam sebelum aku nk ambik result UPSR tuu, aku kata lah kat mak aku. Cam ni dialognya :-

Aku : Mak ... Tak payah dtg lah esok. Biar adik je bawak balik result. Mak tengok kat rumah
         laa --
Mak : Takde3 .. Mak dtg jugak. Bawak kakak sekali.!
Kakak : Jom mak .. Kite bawak rotan dgn tali pinggang sekali.!
Aku    : Menangis tak berlagu di dalam hati. ^_^

Haha .. Last2, mak aku dtg jugak. Tapi lambat sikit. Dia dtg betul2 lepas nama aku dipanggil. Pastuu mak aku tanya aku dpt berapa A. Aku dah x leh cakap pape masa tuu sbb aku x sangka aku dpt 5A. Aku tunjuk je slip UPSR tuu kat mak aku. Pastu mak aku peluk aku. Then, berlakulah babak nangis2. Aku x sangka gila aku dpt 5A sbb biasanya periksa2 sebelum ni aku dpt 2A atau 3A je. Apa2 pon, Alhamdulillah.

K ah .. Sampai sini je post aku. Sekali lagi, Tahniah sapa2 yg dpt 5A. Yg tak dpt tu jgn sedih2 k ... Assalamualaikum

                                             

Tuesday, 15 November 2011

Bye 1 Advance 2011 :(

Assalaumalaikum ..
Ok. Ni post sedih sbb harini hari last kitaorg semua jumpa. Arggghhh ...... Cepat gila masa berlalu. Aku rasa mcm baru semalam aku nk berkenalan , gelak2 , main2 dgn diorg *kononya*. Sedihh gila. Takdi pergi sekolah bukan buat apa pun. Snap2 gambar je. Dah laa .. Aku malas nk taip panjang2.

1  Advance, dulu kita belajar sama-sama, main sama-sama, ulang-kaji sama-sama, makan sama-sama, gadoh sama sama, buli sama-sama, kena marah samasama, kena cubit sama-sama,kena pukul sama-sama, kena denda sama-sama, kena jemur tengah panas sama-sama. Kita satu kepale kan. Sama nakal, bijak bodoh, cantik lawa hudoh burok handsome. Semua samakan ? Walaupun kita berpisah lepas ni. Kita tetap kawan. Kita keluarga. Aku akan rindu semua yang pernh kita lalui bersama-sama. Ak sayang mu semua. Janji jangan lupakan aku erk? - Nie yg Tini tulis kat fb die ! Sebak aku bace ...

                                          
                                          Aku paling suke gambor nie !!

                                           
                                             Aku syg budak 2 org nie ! Harap maklum ~

                                            
                                                Beana and Tini ! Due2 omey lotey ! ^.^

                                              
                                               Alolololo .... >3

                                                  
                                                    I Love both of u !

                                              
                                                 Jgn nangis Auni ! * Action je ni ..*

K ah ! Sampai sini je post utk kali ini. Assalamualaikum ~

P/S : Gambar ni semua curi drpd fb Tini ! Mampos aku kalau dia tahu ^_^

Sunday, 13 November 2011

Berat Nanang #

Assalamualaikum ..

Aku saja je post ni. Sbb aku tgh bosan gila sekarang ni. Jadi aku pun update lah blog yg sudah di-update baru je beberapa jam takdi. Ngeh ngeh ngeh

Apa yg berat nanang tuu ? HAHA ~~ Ok . Harini kitaorg budak form 1 hantar buku teks. Nasib baik lah buku teks aku cukup. Kalau x terbang lah duit aku nk ganti. >_<

Lepas siap hantar, kitaorg dpt buku teks form 2. Buku form 2 kebanyakannya buruk2. Err .. Tak semangat aku tengok. Aku ni dah laa jenis yg memilih. Jap2 .. Nk tanya ni. Bosan kan baca blog ni ? Tuu laa .. Aku dah kata. Post ni aku update saja2 je nk hilangkan bosan. Hantar buku and dpt buku teks pon aku nk cerita. Haha. Baiklah, aku berhenti sampai disini sahaja sebelum ada yg melancarkan perang terhadap aku. Ceh ~

                                                     
  

Buku KH ialah buku yg paling ringan ! Err -,-

False Or True ?

LELAKI NAK CARI AWEK :-

ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik

LELAKI NAK CARI ISTERI :-

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang SUCI jer .


Pandai2 laa korang fikir sendiri.


     

Saturday, 12 November 2011

Apabila Bosan ~

Assalamualaikum.

Nie post sekadar nk membazirkan masa korang. Haha .. Cuma aku nk tanya. Apa yg korang buat kalau korang tgh bosan gile tahap ************************** . Ok .. Mungkin ada sesetengah org suka dengar lagu, jalan2 and bla3. Ya, aku pun suka jugak buat menda tuu semua. Kdg2 aku berkurung dalam bilik lepas tu dengar lagu sambil pejam mata. Kdg2 sampai tertidur. Terukssss ---

Tapi kan .. Sejak 2 menjak ni, aku suka bukak youtube baby gelak. Baby ketawa mmg comey. Aku selalu senyum sorang2 depan komputer bila tgk youtube baby. Toink3 .. Dah laa tuu ! Malas nk taip panjang2. Nantikan berdarah pulak mata korang. :p

                                                     

                                                        

                                                 

                                                

Cute right ?  Erm, semua gambar kat atas aku curi dekat atuk google V_V

Outing ~~~

Assalamualaikum .

Harini aku dan kawan2 aku pergi bandar jap. Alhamdulilah, cuaca ok je untuk berjalan2. Cuma masa balik tuu hujan. Dalam pukul 10 pagi cam tuu, kitaorang dah gerak pergi KFC nk sarapan. Nasib baik x ramai org. Dpt jugak menikmati keenakan KFC. Siap makan kitaorg jalan2 kat CP dgn Casa Limbong. Cuci2 mata je pastuu beli brg yg mak aku suruh. Ahaha :p

Siap beli brg2 kitaorg pergi kedai mak Wani kat Casa Limbong. Kitaorg sembahyang kat situu je. Pastuu online kat situu jap. Then , pegi KFC semula sbb mak aku call suruh bungkus buat balik. Masa ni agak ramai org. Pastuu kan , Aku tersalah order air apa ntah nama dia tapi ada perkataan oreo. Harga dia 3 ringgit lebih. Sedap tuu mmg laa sedap. Tapi Ya Allah , manisya mcm nk bunuh org. Seksa aku nk menelan. Pekat gila air dia. Aku tak habis pon minum air tuu, Aku bagi kat kwn2 aku. Well, aku kan kawan yg baik. *Muntah*

Raya Korban :)

Assalamualaikum ..

Aku tahu aku dah pun terlambat utk meng-update ttg Raye Haji. Entahlah .. Banyak sgt kot kerja. Ok, aku balik kampung 2 hari sebelum raya. Al maklumlah , kampung aku bukannya 2,3 jam ! 6 jam babe. Mase otw nk balik kampung tuu singgah kat Sanctuary Gajah. Syok laa jugak. Walaupun masa tuu hujan renyai2. Ayah, Kakak and Adib je yg berani bagi makan gajah tuu. Aku ? 10 tahun akan datang lah kot.

Aku pakai baju kurung yg Aidilfitri harituu je utk raye haji ni. Jimat lah katakan. Nenek aku buat rendang ayam and ketupat masa raya haji pertama. Perghh... Kalah masterchef tau. Tahun ni tak tengok pon lembu kena sembelih. Tahun lepas je tengok. Nk tengok tapi xde org nk bawak. Ish3 ,, kesian :(

Raya Kedua pulak nenek aku masak laut Daging. Best gak. Ayah aku makan banyak sgt sampai ayah aku jadi pening. Hari ni jugak aku balik Kemaman. Masa balik tuu mak aku je yang drive. Ayah aku mmg x boleh sbb pening. Asyik2 muntah. Kesian sgt2 :(

Sampai ni je laa post aku kali ni. Gambar ? Dlm mimpi je ok ? Muahaha :D 

Tuesday, 8 November 2011

Sungai Dalam Laut ?

                                           

                                            

                                               

                                              

Kuasa Allah SWT tetap berlaku. Apatah lagi apabila ia telah disebut dalam Al-Quran. Subhanallah! Terbaru, sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai dalam laut yang keenam terbesar di dunia di Laut Hitam di Mediterranean.

Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis yang baru jumpa sungai tersebut menjangkakan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.

Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan. Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.
Sungai dalam laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam. Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang. Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.
Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbarSunday Telegraph, pada setiap saat, sungai dalam laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah. Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.
         P/S : Ni cerita lama tapi aku baru tahu. Kesian aku. Ahaha >_<


Tengok jangan x tengok !

Thursday, 3 November 2011

Lirik Lagu Lagi Dan Lagi !

Assalamualaikum ! Hihi .. Aku nie mmg suke post lirik lagu kan ? Takpe ,, kalu rase dah menyampah boleh terus tutup aku punye blog ! Peace yoo :)

KITA SATU - SPIDER :-

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan


Korus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku


Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama


Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku


Wednesday, 2 November 2011

Congrate !

Assalamualaikum. Post ni mmg ditujukan khas untuk NUR IWANI NADIRA BINTI KAMA. Wani , Tahniah erk sbb dpt 98% Math. Katang ah . Tahniah jugak sbb jadi murid Form 1 paling tinggi markah Math. Lepas ni boleh laa ajar saya Math :p ! Ngeh ngeh ngeh ~
                                            


ILY budak pandai ^_^

Tuesday, 1 November 2011

3 Cerita Aku Tgh Layan Sekarang :

Assalamualaikum ..
Ok. Post nie mmg tak pepasal sbb aku nk cerita drama apa yg aku tgh layan gila sekarang.

1) NADA CINTA :-
    Pukul 6.30 ptg je mesti dah tercegat depan tv.

2) Bella Clamidades :-
    Aku suka tengok cerita ni sbb aku suka tgk anak2 Regina. Diorang ni suka gaduh. Agakk  
    sama cam aku and adik beradik =.=

3) Cinta Ellysa :-
    Yg ni setiap malam Selasa je. Hurmm, seminggu sekali je. Lagu dia sedap2 dlm cerita
    tuu. Nak2 lagu KITA SATU- SPIDER.