Who Am I ?

My Followers :

Monday, 26 September 2011

Cocok Cucuk Cocok !



Assalamualaikum .. Semalam budak2 perempuan kelas 1 Advance kena turun pergi klinik pukul 11.35. Aku dah tahu dah kenapa. Mmg ni laa yg aku tunggu2. Kuang3 .. Kena cucuk HPV untuk yg terakhir kalinya pada tahun ni. Masa turn aku nk kena cucuk tuu, aku debar gila wei. Aku selawat je laa dlm hati. Pastuu aku tersalah tahan nafas masa jarum tuu masuk kat bahu aku. Aku pon x tahu motif aku buat macam tuu.

Bila aku tahan nafas, darah aku termasuk dlm jarum tuu. Then, nurse tuu kata kena cucuk sekali lagi. Mula2 cucuk bahu kiri. Last2 .. Dua2 kena. Kanan & kiri. Mmg x aci sbb org lain sekali je cucuk. Aku 2 kali. Tapi takpa, mmg salah aku sendiri. Tahun 2011 ni lah paling banyak kena cucuk iaitu sebanyak 4 KALI. Perghh .. Bahu aku bengkak sikit je. Tapi mmg x boleh pegang bahu kanan aku sbb rasa sakit and lenguh ! K ah, sampai sini je. Assalamualaikum :)

Wednesday, 21 September 2011

Mendaki !

Assalamualaikum. Ermm, hari ni hari Rabu. Kelas aku dgn kelas Brilliant PJ. Minggu lepas cikgu ada ckp nk bawa kitaorg daki Bukit Mak Dayang hari ni. So, 2 kelas pergi daki bukit hari ni. Ade 2 org cikgu yg pergi. Cikgu Nafisah and Cikgu Ismail. Pukul 7.50 kitaorg semua kumpul kat foyer. Cikgu kira pelajar dulu. Pastuu dlm pukul 8.15 gitu, kitaorg jalan pergi dekat bukit tuu. Nia first time tau aku naik bukit tuu.Semue org bawak camera & phone sbb nk bergambar.

 Sebelum daki bukit tuu kena naik dlm 400-500 anak tangga. Perghh .. Agak2 turun x berat aku ? Bluweekkk :p ! Baru 1 hari. Ok, pastuu kitaorg daki laa bukit. Org perempuan dgn org lelaki berpecah. Kitaorg sempat daki sikit je bukit tuu sbb x cukup masa. Pastuu pukul 9.10, semua org balik kelas masing2. Sekejap je kitaorg naik :( .

                                                     
                                        
                              
Masa belajar Sains takdi, Cikgu Aida kata harini makmal macam ada bau busuk sikit. Kuang2 .. Paham2 je laa ! Semua org berpeluh masam .

Wednesday, 14 September 2011

Semalam --

Assalamualaikum.. kum.. kum.. kum. Eh2, Sorry ~ Terikut style hantu kum kum pulak. Haha. Ok ! Hari ni aku nk cerita pasal semalam. Tgk tajuk pun dah boleh agak kan ? Ok, semalam sebelum rehat langsung tak belajar sbb ade ceramah. Copp...! Ceramah ke motivasi ? Ah ! Lantak ah ~ Ceramah pasal gigi. Orang yg nak jadi dentist comfirm beri tumpuan 100%. Tapi aku ?? Boley la ..



Ok ! Lepas tuu rehat .. Pergi laa jalan terkedek2 pergi kantin. Sudah makan terus naik kat bilik sebelah bilik jahitan. Bilik tuu xde nama kot. Kiteorg belajar menjahit. Yg ni aku mcm semangat sikit. Kitaorg jahit Jelujur Kasar & Jelujur Halus. Semua bahan cikgu sediakan .Mula2 tuu kan kena buat masuk benang dlm jarum. Aku ialah org yg paling lambat buat masuk jarum :( . Aku kurang nampak laa lubang kat jarum tuu sbb kecik sgt. Nasib baik ada Tini. Dia tolong buat masuk ke aku. Ok, pastuu start laa menjahit ~ Takde masalah pun cuma aku susah bahagian takdi tuu.

Then, habis masa KMT. Kitaorg naik laa kelas sbb masa tuu masa BI. Tiba2 teacher suruh turun makmal sains. Ce korang byg. Bilik yg aku duduk menjahit takdi tuu tingkat 1. Naik Tingkat 4. Turun tingkat 1 semula. Wah3 .. Main dgn tangga pulak. Ok, dlm makmal teacher suruh buat persiapan untuk ujian PLBS. Aku buat group. Aku,Auni angd Wani. Kitaorg pun berbincang lah. Punya semangat kitaorg bincang sampai basah meja makmal dgn air liur kitaorg. K .. Tipu ! :p ~

Pastuu aku pergi laa dekat teacher kejap sbb ade mende nk tanya. Then, tiba2 Aku, Auni and Wani bergosip kejap dgn teacher. Act, bukan gosip kot .... tapi bercerita pasal tuut. Semalam .. baru aku tahu bakpe dia boleh jadi gituu. Selama ni banyak laa jugak aku marah2 kat dia. I'm Sorry. Ramai gila org nganjing ke mu. Mungkin sbb diorang tak tahu mende jadi kat mu. Ermm.. K ah. Sampai sini jewp. Bye .. Assalamualaikum.

Tuesday, 13 September 2011

Takdop tajuk boleh ??


Yeah ! That's me right now. Aku tgh lapar sekarang ni. Aku pun x faham dgn perut aku ni. Aku rasa aku makan byk dah. Ishh .. Dia sengaja nak suroh aku G E M O K kot. Letih ? Yep .. Aku mmg penat gila sekarang ni. Tgh sibuk dgn kerja sekolah yg sikit, kene buat buku skrap GEO, kena bincang dgn group aku nk buat apa PLBS minggu depan and bla bla bla.

Yg bawah2 tuu ada yg YA, ade yg TIDAK. Korang fikir lah sendiri k. Aku dah malas nak ulas panjang2 :p

Friday, 9 September 2011

Raya kat Skolah ~

Assalamualaikum. Hey3 ! Sorry lama tak update. Bukan buzzy tapi malas :) ! Ok. Masa hari semalam (Khamis) SMC ade buat jamuan raya. Perghh ! Semua mmg meletup habis ah dgn baju raya diorang *kecuali aku. Tempat makan budak form 1 dekat belakang dewan zatbar. Boleh bayang ah sempit mcm mana tempat tuu.

Cikgu sediakan nasi dagang untuk budak2 form 1. Kuih raya pulak bawa yg sendiri punya. Aku bawa dlm 3 jenis je. Makan mmg kenyang ah haritu ! Aku dgn Auni hentam 6 keping kek coklat. Perghh .. Nikmat ! Haha ~ K ah. Tuu je nk cerita. Gambar takde lah kali ni sbb malas nk buat masuk.  S O R R Y :(


Peace V_V

Saturday, 3 September 2011

Gunung Stong .

Assalamualaikum. Ok ! Masa raya ke-4, Aku dgn semua family aku ( kecuali Mak aku ) & family pak lang aku pergi Gunung Stong kat Dabong. Tak jauh pon dari kampung aku. Bile sampai je tempat tuu. Kiteorg kena naik tangga untuk pergi kat air terjun tuu. Maklum lah 'Gunung'. Aku rase comfirm berat aku turun 1 kg .. Haha ~ Berangan~ Sampai je kat air terjun, semua org mandi air terjun tuu kecuali aku ~ Arghhh .. Jeles gila aku ! Rase nk nangei babe *over. Tapi nk buat camne dah x boleh.

Aku duduk bertenggek atas batu besar + licin sambil tengok keseronokan diorang mandi je. Aku celup2 kaki je sikit2. Perrgghh .. Air dia jernih and sejuk ! Ramai gila org pergi kat sana. Pastuu ada org main baling2 mercun kat atas batu depan tempat family aku mandi ~ Mercun bola tuu .. Daa laa dlm hutan. Bunyi die bergema. Nk pecah telinga aku ni. Haha !

Bukan setakat bising weh, asap berkepul kat sekeliling air terjun tuu. Aisshh .. kacau line je. Org baru nk enjoy udara segar. Pastuu .. Dlm 2 jam mandi-manda kat situu, ayah pon ajak balik ! Pukul 3 kitaorg sampai kat rumah. Sampai je rumah nenek aku tuu, semua org serbu dapur. Bukak peti, bukak tudung salji, bukak kabinet ! Cari makanan .. Semua kebuluran. Nasi pulak dah habis masa mkn tengah hari pukul 12 takdi. Last2 .. mak aku goreng keropok. Haha :D

                                                    Otw ...
                                                   Nampak air terjun atas bukit tuu ?
                                           Tuu laa tempat kitaorg pergi ..

                                                  Kereta Serena tuu kereta Pak Lang aku.
                                                     
                                             Sampai ...

Sekian ~
                                             
                                                

Suasana Hari Raya ..

Assalamualaikum !

Ok. Tahun ni aku raya kat Kelantan. Rumah nenek belah ayah aku. Baju raya aku tahun ni warna purple. Ermm .... Raya tahun nie tak semeriah raya tahun lepas laahh ! Yg sedihnya :( duit raya aku sikit je tahun ni. Hehe ! Aku dah tak ikut sepupu2 aku pergi raya sbb malu ! Aku duduk kat rumah je menambahkan berat badan ..Hakhak ~ 

Nenek aku buad rendang ayam dgn ketupat ! Perghh .. Mmg sedap ah ~ Kalah MasterChef [Nebeng] ! Kuih raya pulak tahun nie semuanya mak aku buad sendiri ~Aku pon tolong jugak tau. Kalau nk rasa dtg rumah ..!

Malam raya tuu kitaorg ada main bunga api & mercun ! Best jugak main cam budak2 :) ~ Mmg meriah ah kampung nenek aku tuu. Mcm2 bunyi ade. K dah ! Ayah dah suruh shut down computer.