Who Am I ?

My Followers :

Sunday, 30 October 2011

4 Tahun dah adik aku .

Assalamualaikum. Ok, semalam birthday adik bongsu aku, Adib. And semalam jugak Terengganu kalah dgn N.Sembilan. :( ~ Sedih gila. Papepon Terengganu tetap hebat walaupun dpt 1 gol je. Ok .. Semalam kitaorg sambut befday adik aku dgn family je. Mak aku tempah kek yg ada gambar SPIDERMAN. Al-maklumlah, Adib mmg minat gila Spiderman.

Petang semalam aku pergi bandar dgn ayah aku. Pergi kedai kek ambik kek *pelik bunyi ayat ni*. Mak aku dah tempah kek tuu 10 hari sebelum hari jadi adik aku. Tengok, betapa semangatnya nk sambut hari jadi adik bongsu aku. K ah, sampai sini je. Assalamualaikum :)

# Tiada kaitan

Monday, 24 October 2011

Rahsia Tentang Bantal !


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan :-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Ish3 .. Kesian ! Pergi laa beli satu kat kedai..:D

P/S : Aku termasuk dlm kategori nombor 1 tuu ^_^ ! Hihi

Sunday, 23 October 2011

Tuesday, 4 October 2011

Lagu ni sedih + best ~

Maha Melihat - Opick feat Amanda

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang

Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

Monday, 3 October 2011

Kenapa perempuan mudah menangis ?

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Saturday, 1 October 2011

My Teachers --



Assalamualaikum. Harini tiba2 je terdapat 1 idea nak post pasal cikgu2 yg mengajar kelas 1 Advance. Hehe ~~

First : -Ustazah Rugayah (PAI)

Ok. Ustazah ni guru kelas aku. Aku mmg suka gila cara dia mengajar sbb cpt faham. Lepas dia habis mengajar, dia akan bagi masa 10 minit utk semua org baca semula benda yg dia ajar sbb lepas tuu dia nk suruh semua org berdiri then tanya soalan. Sapa yg x boleh jawab, kena berdiri sampai habis masa dia. Dia ni time belajar mmg serius dan ada time utk gelak mmg die akan buat lawak. Garang pun ada jugak sikit, bila org x hantar nota & latihan, mmg ada hadiah yg akan menanti. Dia kata dia garang sbb xnak bagi budak2 pijak kepala dia.

Second : -Cikgu Abdullah Sani (BM)

Haa .. Yg ni pulak sape lambat masuk kelas bila masa dia mmg kena denda. Masa BM kebanyakan lepas rehat, so makan pun kena cpt2 takut kena denda masuk lambat. Cikgu ni mmg boleh masuk maharaja lawak. Mmg x sah kalau x gelak kalau masa dia.

Third : -Cikgu Marhaini (MT)

Cikgu ni pulak agak serius bila mengajar. Jrg laa buat lawak. Cubitan dia ialah cubitan yg paling best. Haha. Aku dah pernah kena cubit oleh cikgu ni sekali sbb x siap kerja sekolah. Mmg best gila. Lepas tuu aku dah x berani x buat kerja sekolah. Cukup lah sekali seumur hidup :p .

Fourth : -Cikgu Nazipas (GEO)

Cikgu ni ok je. Dia ni cg. pengawas so agak tegas sikit. Aku pernah kena denda duduk bersila dpn tangga laluan guru2 sbb x siap kertas soalan yg dia bagi. Mmg malu ah. Semua cikgu yg lalu kat tangga tuu tgk semacam je kat aku. Seram wehh --

Fifth : - Cikgu Aida (KMT)

Cikgu ni laa paling aku syg and cikgu yg paling sporting. Tak sia2 aku masuk kelas dia. Ada laa beberapa org budak lelaki dlm kelas aku suka menganjing aku ***** .  Depan cikgu pun dia boleh nganjing aku. Lepas tuu, cikgu tuu marah dia. Wekk , padan muka :p ~ Haha *mampus aku kalau dia baca blog aku*
Sixth : -Teacher Norzilah (BI)

Cikgu ni jrg sikit masuk kelas aku sbb dia sibuk mengajar budak form 5 yg nk exam. Tapi masa dia pun boleh laa jugak bergelak2. Dia byk bercerita :)

Seventh : -Cikgu Noraida (SN)

Cikgu ni pun tegas sikit. Tapi dia suka jugak usik aku masa aku bersalam dgn dia. Aku suka sgt tgk dia senyum sbb comel. Cikgu ni suka ngusik Haziq Dahalan. Harituu, cikgu pernah suruh Haziq bersilat kat dpn makmal. Mmg terburai tali perut sorang2 *over*

Eighth : -Cikgu Nesfu (SJ)

Haa..Cikgu ni pon mmg juara raja lawak. Dia mmg suka usik budak2 yg bercouple dlm kelas aku. Dia bawak motor besar yg bunyi kuat bila dtg sekolah. Dengar bunyi motor bising tuu dia lah.

Nineth : -Cikgu Nafisah (PJ)

Ok. Cikgu ni masa first time masuk kelas kitaorg mmg kitaorg akan duduk diam je atas kerusi dan tak berani nk bersuara sikit pun. Perghh..Agak garang sikit masa first2 masuk kelas kitaorg. Kalau dia nampak sapa2 menguap dlm kelas dia, dia akan suruh 1 kelas menguap. Haha. Kalu nk menguap masa cikgu ni mmg kena tahan kalu tak .... Sekarang ni kitaorg mcm dah boleh berckp dgn dia. Dah x segarang dulu.

Tenth : -Cikgu Filzah (PS)

Cikgu ni cikgu yg paling cute and manja2 gituu. Bila dia marah pun still comel. :) ! Cikgu ni selalu pakai shawl ..

Eleventh : -Cikgu Ismail (SV)

Ermm.. Cikgu ni byk bercerita pasal HANTU. Tapi x seram langsung cara dia cerita tapi kelakar. Masa dia mmg x sah x gelak walaupun sekali. Cikgu ni suka ngusik budak2 perempuan. Kalau ada budak perempuan yg comel2 lalu kat tepi kelas aku masa die tgh mengajar, mmg dia akan tgk and buat muka cute. Hakhakhak :D

Twelveth : -Cikgu Zaein (ICTL)

Cikgu ni pun tegas sikit. Selalunya masa dia, dia bawak murid2 masuk makmal komputer. Ada 1 hari tuu, die tgh mengajar kat dpn. Aku pun curi2 lah online fb sbb line internet ada. Tiba2 dia muncul kat belakang aku. Mak aii , terkejut aku. Last2, aku dpt 1 ketukan percuma di kepala. >_<

Papepun .. Cikgu2 saya seumanya best2. Syg cikgu2 semua sbb selalu buat saya senyum, gelak, tergolek2 dgn lawak cikgu. ;D