Who Am I ?

My Followers :

Monday, 26 December 2011

20 Fakta Tentang Aku .



Dah jawab ke belum salam tuu ? Hikhik .. Baiklah ~ Malam ni tetiba dpt ilham nk buat post pasal '20 Fakta Tentang Aku'. Wahh .. Menganda2 pulak aku. Hakhak .. Alang2 dah rajin bukak blog ni. Aku post laa selalu benda yg lama dah aku duk simpan.

Baiklah.. Berhenti merepek, koya, beleber dan sewaktu dgnnya. Mari kita mulakan sekarang ! Wow .. Semangat bebenor bunyinya tuu ^-^

1) Aku suka makan pedas. Mmg suka sgt2 ! Sejak dari 6 tahun lagi wei. Masa tuu nenek aku buat sambal. Aku tgk mcm sedap je. Mula2 nk try takut. Tapi takut rugi pulak kalau tak try. Last2 ... Ketagih sampai sekarang.

2) Aku 1cm lagi tinggi dari kakak aku ! Muahahahaha *gelak jahat*

3) Aku ni agak pemalu -.- ! Bukan agak tapi memang pemalu. Tak tau laa berjangkit dari sapa. Org tanya sepatah, aku jawab sepatah. Tapi kalau dgn org yg betul2 rapat dgn aku,  takyah ckp laa. Belum tanya lagi aku dah jawab. Haha !

4) Suka tengok pemain bola. Hakhak.

5) Sejujur jujur jujurnya , aku lebih suka kalau org panggil aku dgn nama penuh aku, 'Munirah'. Sbb nama tuu kan doa. Hihi. Tapi kalau dah biasa panggil 'Muni' tuu biar je laa. Nak buat mcm mana ? Takkan aku nak paksa jugak suruh panggil nama penuh aku.

6) Aku lebih suka diam dari byk bercakap. Tak tau laa kenapa. Tapi kdg2 dlm kelas tuu aku yg paling bising  *-* !

7) Cepat tersentuh and nak nangis tapi jenis yg agak malu nk nangis depan org ramai. Aku akan cover habis-habisan sampai nk terkeluar bijik mata O_O .

8) Aku suka jalan laju2 kot bila kat sekolah. Bukan apa, masa tuu kan biji timah. Eh2, salah. Masa itu emas. Ahahaha . Best student laa konon !

9) Aku lebih suka minum air sejuk dari air panas. Haha .. Tuu pun nk kata ke ? Ye .. Aku tau ramai yg macam ni. Tapi kdg2 pagi2 hari pun aku minum air sejuk sampai sakit tekak + batuk. Tuu pun aku x serik2. Batuk2 pun aku minum air sejuk jugak. Ish3 ^^

10) Sgt2 suka coklat Bueno. Ummm.. Sedap gila ! Eh2, coklat Crunchy pun aku suka jugak. So ... Ada sesapa yg sudi nk belanja aku ? *euuuwww* -versi gedik



11) Aku suka warna yg cerah2. Tak suka sgt warna yg terlalu terang. Aku suka yg soft2 je. Especially biru cerah <3

12) Aku suka tekan pen aku bila aku menulis tau. Sampai tulisan aku jadi terang benderang. Kawan2 sekelas dgn aku mmg tau sgt habit aku yg ni. Alasan aku nk bagi terang sikit biar cikgu nampak :)

13) Aku tak suka dipaksa ! Tolong faham.

14) Penakut ! Aku dah cuba elak dah perangai ni tapi ... still tak berjaya. Oh ya, walaupun aku penakut, aku suka tengok/dengar cerita hantu. Aku ni mmg tak reti nk serik .

15) Aku suka memasak walaupun still dlm tahap 'belajar memasak' dgn mak aku a.k.a bekas chef di hotel 40 bintang. Haha :p

16) Next .. Aku suka gila main badminton. Aku biasanya maindgn kakak aku. Act, aku pandai main badminton pun sbb kakak aku. Dia yg ajar aku petang2. Terima kasih mak cik NabNab ^_^ ~

17) Aku ni pelik sikit. Bila aku tidur awal, aku akan bangun lambat. Tapi bila aku tidur lambat, aku akan bangun awal. Aneh tapi benar. Sbb tuu laa bila hari sekolah, aku selalu tidur2 lambat2 sbb nak bangun awal. Sampai mata aku jadi mcm mata panda o_o

18) Fuhh .. Dah no. 18 pun. Dah bengkok tangan aku menaip. Baiklah .. Kita sambung ya anak2 .. Aku ni jenis suka berangan depan cermin bilik air. Ulang lagi ~ CERMIN BILIK AIR. Bukan dekat cermin kereta, cermin ruang tamu mahupun cermin mata ! Aikk ? Bukannya berangan jadi Erra Fazira ke apa. Tapi aku suka berlakon depan cermin tau. Berlakon babak sedih. Tak tau laa apa motif aku buat. Tapi tiap2 hari mesti aku akan buat punya. Ada bakat semula jadi nak jadik pelakon sinetron kot. Bluwekkk .. *Muntah darah*

19) Aku ni hantu cermin dekat sekolah. Pantang nampak cermin, mesti aku pergi tengok punya. Bak kata pepatah, Di mana ada cermin, di situ ada Munirah. Ahaha !

20) Aku suka campak phone aku merata rata. Bila emergency je, mulalah terhegeh hegeh cari. Waduhh2 --'

Siap. Mu orang pulak mcm mana ? Share2 lah neh. ^_^

Test Otak Hangpa Jap --


Ok ! Aku ada terjumpa beberapa gambar yg agak menarik untuk dikongsi tau. Dah2 .. Aku taknak ckp byk. Korang tgk kat bawah ni :-


1- Aduiihh .. tak tau laa kenapa. Kepala aku pening tgk gambar ni. Entah berapa kali dia tangkap gambar. Ce korang try fikir. Comfirm korang pun pening @-@ !


2- Haa .. Ce korang try baca ayat yg ada dlm gambar tuu. Setakat ni aku boleh baca lagi. Sesapa yg tak ley baca tuu cpt2 laa pergi check mata kat doktor k. Wah , memandai je aku.

3- Ok ! Aku cabar korang sebut warna perkataan tuu. Bukan sebut perkataan yg ada tuu. Tapi sebut WARNA perkataan tuu laju2.

4- Sekarang korang baca ayat yg ada dlm segi 3 kat bawah ni kuat2 !
Aikk ?? Mesti korang sebut 'A bird in the bush' kan . Aku pun sebut tuu jugak masa mula2 aku jumpa gambar ni.


5- K A N T O I  !!

6- Ce korang tgk gambar petak dekat atas. Warna petak tuu x sama kan ? Yg atas warna kelabu gelap, yg bawah warna kelabu cerah. Ok, sekarang cuba korang letak jari korang antara kat tgh2 yg menghubungkan petak tuu. Dan tengok apa yg berubah .. Hihikk ~~ Suprise :)


----- K laa.. ASSALAMUALAKUM !

Mainan Budak Kecik ?

 
Takdi pergi klinik jap. Check gigi 1 family kecuali aku sbb haritu aku dah check. Lepas siap check tuu, semua adik2 aku pakat ajak mak aku pergi nirwana. Nak beli mainan laa konon. Sampai je nirwana, tempat first yg dituju ialah bahagian mainan. Haha .. Punya laa semangat diorang nk beli mainan.
 
Pastuu kan, masa aku tgh saja2 duk belek2 kat rak mainan kan. Aku terjumpa ni ~
 
Hentam gambar google je .
 
Bagi sesape yg x tau apa kebendanya ni. Ne laa BUBLE SWORD. Yg belon buih besar tuu.
 
 
Punya laa excited aku jumpa benda ni *ski org darat*. Last2 aku pujuk laa jugak mak aku. Muahaha ~~ Nk jugak try belon ni. Sebelum ni belon yg selalu aku jumpa kat kedai yg gambar superman tuu je haa. Yg kecik tuu.
 
Jadik, tuu je nk cerita sebenarnya. Haha .. Buang masa korang je baca. Sorii :D
 
P/S : Teruknya nama blog aku. GirlGirl terus hentam. Haha .. Mmg kering idea laa wei ~ Takpe2, nanti aku tukar kalau aku dah ada idea ! Jgn main2, nak bagi nama blog pun kena tunggu idea dtg. Ahaha .
 

Tuesday, 20 December 2011

HikHukHakHok .

 
Amboi tajuk ..Teruk bebenor bunyinya. Haha ~ Sebenarnya takda idea nk letak tajuk apa. Tu yg main hentam je. Hurmm .. Lama dah aku tak cara ke blog. Nk ber-blogwalking pun aku malas. Bukan apa .. Aku tgh kemarut game dlm fb. Nk tau game apa ? Nie haa --
 
 
Mula2 tgk kakak aku main. Pastuu rasa mcm nk try je. Last2 terus ketagih. Haha ..

Friday, 16 December 2011

Be Strong, Tini .


Tini, saya tau awk byk sgt masalah sekarang ni. Banyakkan bersabar k .. Saya selalu ada disisi awk. Perghh .. Jiwang siot ayat aku. Haha .. Takpa ~ Sekali sekala utk kawan :)


Boss ? Haha ;D

Wednesday, 14 December 2011

Blackout !

 
Masa pukul 7 lebih takdi kan ...1 taman rumah aku blackout ! Hahaha..Gelap gila ..! Sekarang dah ok :)


Tuesday, 13 December 2011

Shopping Brg Sekolah ~

Assalamualaikum ..

Semalam pergi brg2 sekolah sikit. Beli dekat Kemaman ni je haa sbb ayah pergi Johor sekarang ni. Tak banyak sgt aku beli brg sekolah utk aku. Beg, tudung & baju, aku guna yg lama je. Lagipun elok lagi. *Dlm hati meraung nak yg baru*

Tapi ..... tapi ... Yg bestnye semalam. Aku dpt baju bola ! Perghh .. lama dah aku nk baju bola yg hitam + kuning tuu. Pastuu semalam masa jln2 dlm kedai tuu ada nampak baju tuu. Apa lagi, terus aku tarik mak aku ! Haha .. Kakak aku pon dpt jugak. Nanti kalau aku rajin aku upload gambar aku pakai baju bola. Tuu pon kalu rajin laa. :) K ah .. Assalamualaikum !

Saturday, 10 December 2011

Gerhana Bulan :)

Assalamualaikum !

Haaa ... Sapa tgk gerhana bulan semalam ?? Untungnya sapa yg dpt tgk tuu. Kat sini tak dpt tgk pon sbb hujan. Sedih laa jugak. Harini aku bukak fb, ada mende yg buat mata aku sakit tau ! Kurang ajar gila org tuu. Aku malas nk letak nama dia kat sini. M E N Y E M A K ! Dia tuu org indon. Mungkin ramai dah tahu pasal die kot. ah .. Tuu je ~ Assalamualaikum !



Gambar nie curi dari encik Google je !

Saturday, 3 December 2011

Saya Budak RAJIN ! -.-

Assalamualaikum datuk, nenek, pakcik, makcik, abang, kakak, adik. Hihik .. Wah3 .. Tajuk puji diri sendiri nampak. Haha ^_^ Takdalah rajin sgt. Cuma harini aku teman kakak aku pergi library. Pergi baca buku sikit.

Aku baca buku cerita hantu weh. Tajuk dia 'Hantu Hijau'. Pelik an ? Baca punya lah tebal buku nia tapi last2 tak tau ending dia mcm mana sbb muka surat 3 bab terakhir koyak. Mmg berbunga bunga lah hati masa tuu !

Kesimpulannya .. Sebelum nak baca buku cerita mana2 tuu, check lah dulu muka surat di dlmnya. Jgn jadi mcm aku, nampak buku yg menarik je, terus hentam baca mcm tuu je. Ahaha.



P/S : Harini mak aku masak mee kuah. Perghh, mmg superb ! Semua pakat menambah.

Friday, 2 December 2011

Disember Sudah Datang !

~~ Assalamualaikum ~~

Yeayh2 .. Dah bulan 12 dah .. Sebulan je lagi cuti. Amacam korang ? Dah beli brg2 sekolah ? Aku pun dah tanya mak aku. Bila nak pergi beli brg sekolah. Mak aku kata x tahu lagi. Tahun depan adik bongsu aku akan sekolah buat kali pertamanya. Haha .. Tak boleh bayang lah macam mana weyh. Aku pulak akan jadi budak Form 2. Perghhh .. lepas tuu form 3. PMR weii ~~ Debar gila.

Ok. Ubah topik pulak. Takdi aku jalan2 kat blog2 org lain. Hurmmm .. Siyes aku kata. Aku jeles sgt tgk blog2 yg omey lotey. Pandainya lah diorang edit. Blog aku mcm ni je haa... Tak banyak perubahan. Ehem2 !! Ada sesape nk tolong ajar saya hias blog ?? Takde ?? K, kalau takde takpelaa :(

Assalamualaikum ~