Who Am I ?

My Followers :

Tuesday, 31 January 2012

Cerita Seram .

 
Huwaaa !! Sumpah aku menyesal pergi baca 1 cerita seram ni yg ada org share dekat fb. Sampai sekarang aku selalu teringat-ingat cerita tuu. Aku takut wei ! Cerita dia pendek je. Tapi aku rasa takut sgt. Aku jadi terbayang2. Fuuhh..Cerita dia lebih kurang cam ni :
 
Ada kes sapa ntah .. Nyanyi lagu Cindai kt toilet, lepas die nyanyi part yg ' Cindai lah mana' then ada org sambung 'Cindai di sini' ..
 
Argghhh .. Mungkin ada org yg x takot dgn cerita ni. Tapi aku x tau laa kenapa. Aku takot gilos >_<
 
 
 

Monday, 30 January 2012

Cutie .




Alololo ... Comei laa gambar kat atas tuu ~ Haha. Jangan salah anggap wei. Aku saja je letak sebab comel macam aku.

Seharian .



Sejak dua menjak ni. Muka aku je yg selalu mari lambat kat sekolah. Tak laa lambat sampai kena ambil nama. Tapi bila aku sampai kat sekolah, semua org dah beratur kat dewan nk zikir. Aku pulak baru nk tergedek2 masuk dewan. Malu laa jugak sbb ramai yg tegur aku. Diorang kata aku selalu mari lambat sekolah. Ok2. Meh sini aku nk cerita kenapa aku selalu lambat gi sekolah.

Aku buat alarm pukul 5:30 pagi wei. Dah habis awal tuu. Bila dengar alarm je aku pun bangun dgn penuh keayuannya ! Bluwekkk ^^



Lepas bangun tuu, aku tak terus pergi mandi. Aku tidur2 ayam dulu dekat sofa ! Haha :p



Dalam pukul 5.50 tuu aku terjaga balik. Aku pun terus pergi mandi. Aku selalunya siap mandi dlm pukul 6.20. Lepas tuu sembahyang subuh then siap2 pakai baju sekolah. Lepas siap semua tuu, aku pergi sarapan pulak. Aku rasa kan ... sarapan kot yg selalu buat aku lambat. Bukan apa, aku makan punya laa lambat sbb nk menikmati betul2 nasi goreng mak aku. Haha .. Aku selalu siap makan dlm pukul 7.00. 

Lepas tuu cepat2 pakai kasut sekolah. Nk ikat kasut pun jadi 1 hal. Aku ikat selalunya tak kemas. Aku selalu suruh mak aku yg tolong ikatkan ! Haha.. Jgn jeles ~~ Kalau aku yg ikat tak sampai sekolah lagi dah cabut semula sampai buat aku tension. Huuhh ^^.

Dari rumah aku nk gi sekolah ambil masa lebih kurang 10 minit. Aku selalu sampai sekolah 7.15. Lepas tuu aku kena naik jejantas sbb ayah aku hantar aku dekat blok kakak aku. Nk lintas jalan takut ! Pagi2 jalan selalu sibuk. Aku pun dgn malasnya naik jejantas. Fuhhh, pagi2 dah berpeluh. Lepas sampai dekat blok kelas aku, annoucement dah bunyi suruh beratur kat dewan. Aku mmg selalu tak sempat naik kelas nk letak beg -.- ~ Aku letak beg aku dekat wakaf je. Lepas tuu ambik Al-Quran, then jalan gi dewan. Org yg tgh beratur semua tgk aku mcm aku pakai tudung terbalik !! Aduiihh .

Jadi kesimpulannya aku bukannya sengaja nk dtg lambat gi sekolah. Byk sgt rintangan ! Haha ..

Sunday, 29 January 2012

Mandi Cat .


Fuhhh. Aku tgh letih + sedih sekarang ni. Ok2 ! Takdi kelas 2 Advance cat kelas masa lepas balik. Aku tumpang dorm Mira jap nk tukar baju. Lepas siap2, kitaorg terus gerak pergi kelas kitaorg. Masa tgh naik tangga nk pergi kelas tuu, dah dengar dah kekecohan plus kebisingan dari kelas aku. Pergh ! Inilah namanya org terlebih semangat. Haha ..

Ok sambung cerita, masa aku sampai kat kelas aku tuu, rupa-rupanya diorang tgh duk sibuk try nk buka penutup cat tu. Masa tuu cikgu takda pun lagi. Kitaorg start dulu dari cikgu. Org lelaki lwn dgn org perempuan, sapa dpt bukak penutup tuu dulu dia menang. Haha. Mmg kecoh gila time tuu. Kononya dpt I-Phone kalau menang ~ Haha. Last2, org laki dpt buka dulu. Seksa nk bukak penutup tuu biarlah Allah je yg tau. :) ! Hehe .

Bila dah get ready semua benda tuu, kitaorg pon start mengecat. Budak laki pasang lagu kuat gila wei. Sampai lebam telinga aku. Haha .. Just joking maa ! Baju + seluar aku mmg diseliputi cat wei. Eh jap3, lupa nk kata. Kelas aku cat warna PURPLE ! Aku dah mcm mandi cat je haa. Aku tak kisah pun. Cuma baju je laa aku syg sikit. Huwaa >_<

Masa tgh jalan nk balik kan. Aku rasa mcm dari planet lain je. Semua org tgk aku. Glamour sekejap. Haha ! Baju aku comot gile wei !! Malu ~~~~~~



P/S : Tini, ingat tuu ! 14 hari tau ! Haha ^^

Saturday, 28 January 2012

Beli Brg Kelas .


Hari ni aku, Auni, Tini, Mira & Aqilah pergi beli brg kelas aku. Cikgu Maslina yg suruh. Ok, pukul 10.30 kitaorang berjumpa dekat depan Casa Limbong. Pastu, kitaorg terus gerak pergi MenMen. Beli apa yg patut. Lama la jugak kami dekat situ. Pastu, kitaorg pegi kedai A to Z, Kedai F1 & The Store nk cari pembalut meja. Tapi takda yg berkenan.

Last2, kitaorg pergi Pantai Selamat jalan kaki dari The Store. Ulang sekali lagi, JALAN KAKI. Aku rasa mcm berat aku turun je. Haha ^_^ ! Pastu sampai sana, ada pembalut yg kami berkenan. Lepas tuu, kitaorg beli benda lain lagi. Then, pergi kaunter nak bayar. Harga semua brg ialah RM 99.90 kalau x silap aku. Pastuu masa kitaorg nk bayar, kitaorg kena marah dgn nyonya China kedai tuu. Ish, mmg aku geram gila masa tuu. Tak reti bersabar langsung. Dah laa aku tgh panas + letih masa tu. Nk je aku bagi kaki bersalut coklat aku ni haa ! *Joke, jgn marah nyonya*

Pastuu siap beli tu, kitaorg pergi makan dulu kat restoran apa ntah nama dia. Aku tak ingat dah. Haha. Aku makan nasi air panas2 masa tgh hujan. Perghhh .. Mmg nikmat ! Pastuu tiba2 , Mira kata kaki dia yg terseliuh semalam rasa sakit. Aku dgn Auni pun ajak laa Mira pergi klinik check kaki dia. Tapi klinik tuu mahal sgt. Last2, ayah Auni bawa Mira pergi Hospital Kemaman. Doktor balut kaki dia.

Sekian -- Assalamualaikum !

Friday, 27 January 2012

Rahsia Disebalik Sujud .





Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- Melegakan sakit hernia. (burut)

- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- Medudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- Meringankan bahagian pelvis.

- Memberi dorongan supaya mudah tidur.

- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- Mengurangkan kegemukan.

- Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!


#Copy from fb.

Thursday, 26 January 2012

Pagi Jumaat .

 
Pheeww, aku baru je siap kemas bilik aku. Mula2 bilik aku mcm ni :
 
 


Siap kemas dah jadi mcm ni :



Haha, kononnya ~

Oh Really ?




Dah banyak kali aku mimpi jumpa DIA. OMG ! Hoho :p

Ouuch :(

Thanks dear ~

 
Hey, hey, hey ! Thanks Amira Syakirah sbb belanja saya makan takdi. Haha .. Kalau sudi, belanja lah lagi. Hakhak. Gurau je. Ily ^_____^
 
 
P/S : Awak, saya dah x boleh nk cakap apa sekarang. Tengok gambar kat bawah je lah -

Wednesday, 25 January 2012

Tarik ke Tolak ?





Aku masih lagi tgh malu sekarang ni. Nak tahu tak kenapa ? Tak tahu sudah. Aku nk bagitahu jugak. Ayat macam keling. Haha. Ok2 ! Sambung cerita. Takdi aku, adik aku dgn mak aku pergi laa Pustaka Munirah nk beli brg2 PS aku utk esok. Sampai kat sana takda parking. Mak aku pun suruh laa aku dgn adik aku je turun. Mak aku nak tunggu dalam kereta je. Aku pun turun laa dgn adik aku pergi kedai tuu.

Masa dekat pintu masuk dekat kedai tuu, aku nampak dia tulis 'Tolak'. Aku pun tolak laa pintu tuu kuat2. Punya laa kuat aku tolak pintu tuu dgn adik aku, last2 tak buka2 juga. Aku pun try laa tarik pulak. Aku tarik pintu tuu sekuat hati aku. Sampai bergegar tiang yg ada dekat sebelah aku. ---Rekaan semata-mata !

Masa aku tgh tarik pintu tuu kuat2, Aku tgk semua pekerja kedai tuu yg ada dekat dlm tgk aku mcm aku ada hutang 40 sen dgn diorang. Aku pun malu laa tgk diorang semua tgk dekat aku mcm tuu sekali. Last2, adik aku tunjuk 1 kertas yg ada dekat pintu tuu. Dia tulis 'Kedai ditutup sementara dan akan dibuka semula pada jam 8 p.m'

Puiihhh ... Buat malu aku je. Aku punya laa semangat nk buka pintu kedai tu. Rupa-rupanya kedai tuu tutup. Cis, buat malu aku je ! Aku pun buat muka seposen terus cabut dari tempat tuu. Haha. Patut laa diorang tgk aku semacam je. Mesti diorang ingat aku nk rompak kedai diorang sbb aku tolak and tarik pintu tu sampai nk tercabut pintu tuu ! Malu3 ~ Haha

Saturday, 21 January 2012

Alangkah Indahnya ....



Hurmm. Kan best kalau rumah aku ada kolam. No no no no .. Bukannya kolam mcm ni :



Atau yg mcm ni,



Tapi yg mcm ni :









Boleh laa aku berenang time aku tgh tension. Haha

Jap3, aku terjumpa gambar ni :







Gila ! Aku tak sanggup kot mandi kolam yg jenis tuu. Gayat wei !!