Who Am I ?

My Followers :

Friday, 29 June 2012

I Will Be .

 
 
I Will Be - Avril Lavigne
 
There’s nothing I can say to you
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain the tears they cry
Still you never said goodbye and now I know how far you’d go
I know I let you down but its not like that now
This time I’ll never let you go


I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
All my life I’ll be with you forever
To get you through the day and make every thing OK


I thought that I had every thing I didn’t know what life could bring
But now I see honestly
You’re the one thing I got right

The only one I let inside
Now I can breathe cause your here with me
And if I let you down I’ll turn it all around
Cause I would never let you go


I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
All my life I’ll be with you forever

To get you through the day and make every thing OK

Cause with out you I can’t sleep
I’m not gonna ever ever let you leave
You’re all I got
You’re all I want
Yeah
And with out you I don’t know what I’ll do
I could never ever live a day with out you

Here with me do you see your all I need

And I will be all that you want and get myself together
Cause you keep me from falling apart
All my life (my life) I will be with you forever
To get you through the day and make every thing OK


I will be (I’ll be) all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
And all my life you know I will be with you forever
To get you through the day and make every thing OK

Thursday, 28 June 2012

Khamis Tuu Harini Laa .

 
Eeeii. Tajuk mcm nak mintak pelempang 3 Dimensi je. Ahaha. Ok, harini kelas aku tak belajar mana. Cikgu tak masuk. Seperti biasa, kami budak2 kelas 2 Advance akan mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Wekk =P . Lambat lagi kot nak buat mcm tuu.
 
Eh Tini, aku dah pujuk mak aku pasal lawatan tuu. Tapi ...... Faham2 je laa. Mak aku mmg dah kasi red light sejak first2 aku mintak lagi. Mak aku tak kasi sbb teetttt. Ahahaha. Biarlah rahsia -- So, Sorry Patricia. Aku mmg tak boleh pergi. Lain lah kalau mu nak sponsor aku. Muahahaha *gelak pontianak*
 
Eh2, telefon aku ni dah berapa puluh ribu kali entah terlepas dari genggaman aku. Tak tahu laa tangan aku licin ke atau telefon aku ni nak buat percubaan membunuh diri sendiri. Nasib baik tak rosak ke apa masa jatuh tuu. Cuma calar je. Boleh tahan lasak lah telefon aku ni mcm tuan dia.
 
K lah. Sampai sini je. Assalamualaikum.
 
P/S : Mak, semoga kaki mak cepat sembuh. Tak tahan dah tgk mak sakit mcm ni. Seriously. Mmg tak berani nak mengaku dpn mak tapi adik tahu kdg2 mak baca jugak blog adik ni kan ? Ngeh ngeh ngeh ~~
 
 

Tuesday, 26 June 2012

Tired Day .

 
Hurmm . Harini penat gila. Takdi ada perjumpaan unit beruniform. Perghh .. Aku pergi dgn TERpaksanya. Ikutkan hati, nak je aku balik rumah. Eh2, aku tak tahu lah kenapa. Badan aku rasa letih2. Takdi masa balik sekolah, aku tertidur atas sofa. Penat sgt kot.
 
 
Eh2, aku dah blank ni. Tak tahu nak tulis apa.So lebih baik aku stop sebelum kemerapuan aku terserlah. Ngeh ngeh ngeh ~ Sekian. Assalamualaikum --
 
P/S : Aku tgh try nak pujuk mak aku supaya dia kasi aku pergi lawatan ni. Pray for me :') Hihi.
 
 
 
 
 
 

Sunday, 24 June 2012

Suatu Hari Nanti . . .

 
Takdi masa balik sekolah. Aku ada sembang2 dgn kawan2 aku. Lepas tuu tiba2 Aqilah ada cakap yg kitaorang semua akan ingat saat yg kitorang tengah lalui sekarang bila kitaorang besar nanti. Dia cakap yg kitaorang semua akan rindu saat2 ni. Rindu kawan2, rindu sekolah, rindu sekolah, rindu air carrot Pak Musa.Opps. Itu topik lain. Muahaha XD --
 
Sebenarnya aku pun rasa macam tu. Bila aku besar nanti,mesti aku rindu nak menggila bersama kawan aku. Bercerita sama2, mengadu masalah sama2, buat benda gila sama2, makan sama2, buat rombongan pergi tandas, cerita hantu sama2, menangis sama2, gelak sama2, tengok cermin sama2. Ya, mmg aku akan rindu semua saat2 itu suatu hari nanti.
 
Aku juga akan merindui gelagat kawan2 aku. Nak kacau diorang, nak buat diorang terkejut sampai melatah-latah, nak sakat diorang, nak buat lawak tak jadi depan diorang, nak nyanyi depan diorang, nak berkongsi perasaan aku dgn diorang, and banyak lagi lah. Contohnya :--
 
Auni a.k.a SRK - Aku akan rindu nak dengar Auni beleber. And rindu nak kena marah dgn dia.
 
Tini a.k.a Pelat - Aku akan rindu nak berjiwang-jiwangan dgn dia. Rindu nak lintas jalan sama2 dgn dia.
 
Wani a.k.a Baddrol Bakhtiar -- Rindu nak gaduh2 dgn dia sbb aku minat pemain bola yg sama dgn dia. Ahaha :D  ! Juga akan rindu nak belajar Math dgn dia.
 
Mezan a.k.a Babyface -- Rindu nak dengar dia gelak. Dia gelak mcm kejam sikit tapi best dengar dia gelak. Haha. Lepas tuu rindu nak tengok cermin dgn dia. :)
 
Aqilah a.k.a Jeruk Kelubi -- Rindu nak pujuk dia bila dia merajuk. Juga rindu nak dipujuk oleh dia bila aku sedih. Hihi ~
 
Iffah a.k.a Polis -- Rindu nak story-mory dgn dia masa balik sekolah. Lepas tuu rindu nak teman dia pergi Sunway beli air.
 
Biey a.k.a Cinta Laura -- Rindu nak dengar cerita dia. Rindu nak nyanyi depan dia walaupun aku tahu suara aku mcm  .......
 
Mira a.k.a Braces -- Rindu nak dengar dia gelak jugak. Dia gelak buat aku rasa happy gila-gila. Lepas tuu rindu nak nyanyi dgn dia sampai hujan 1 Malaysia. Joke.
 
Aisyah a.k.a JB -- Rindu nak jalan2 naik motor dgn dia. Nak bluetooth lagu2 baru dgn dia.
 
Mimi a.k.a Doraemon -- Rindu nak tengok muka serius dia. Rindu nak usik dia. Hehehe.
 
Syukriah a.k.a Syuk-- Rindu nak kongsi2 rahsia dgn dia. Juga rindu nak tengok dia berlakon jadi ustazah. Mmg menjadi dia berlakon.Boleh berlakon sinetron dgn Aditya Firmansyah. Ahahaha.
 
 
'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan'. Aku tahu itu. Tapi aku tidak akan pernah melupakan diorang semua. Diorang lah yg banyak menghapus air mata aku. Membuat aku tersenyum. Membuat aku ketawa tidak keruan. Juga mengajar aku erti kehidupan. Banyak membimbing aku. Mengajar aku untuk bersabar. Dan macam2 lagi.
 
 
Untuk semua kawan aku, AKU SAYANG MU ORANG SEMUA. Tak kira lah kalau suatu hari nanti kita akan gaduh besar. Aku akan ingat mu orang semua. Terima kasih sbb sudi hadir dlm hidup aku walaupun tahu kelemahan aku. Terima kasih kerana banyak mengubah aku untuk menjadi manusia yg lebih berguna. Hehe.
 
 
Eh2, nanti PMR kita buat yg terbaik k. Berjuang habis-habisan sbb itu peperangan yg terakhir. Lepas ni dah hapus dah peperangan tuu. Kita ni generasi terakhir laa kiranya. Hehe.
 
Sekian sahaja untuk post kali ini. Maaf kerana agak terlalu panjang. Aku tulis ikhlas dari hati aku ni ok. Hihi. Assalamualaikum <3
 
 
 

My Awkward Moment :D

 
The moment when I was trying to talk and laughing at the same time. Only me understand what I'm trying to say. Just let me speaking eventhough my english is really really bad. I just want to test. Muahahahaha XD !
 
 
Eh2, keadaan kebendaan keakuan kenakan keceritaan ketapian ketidakan kesempatan kemasaan. Kejadian kemalaman kenantian keakuan keceritaan kesemulaan. Kejangkitan kedenganan keMaizanan. Ngeh ngeh ngeh =p

Saturday, 23 June 2012

15 Anugerah Perempuan Yg Allah Berikan .

 
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tuesday, 19 June 2012

Berenang Lagi .

 
Hei2. Aku baru balik dari kolam takdi. Yes, aku pergi mandi kolam dgn ayah + adik beradik aku pada waktu malam sekali lagi. Hehe. Bukan pergi sesaja tau, aku dgn kakak aku berlatih berenang. Ayah aku yg ajar. :)
 
Latihan kali ni memang kaw kaw punya. Mmg berlatih bersungguh sungguh gila wei. Ada laa peningkatan dari sebelum ni. InsyaAllah esok aku pergi lagi. Nak berlatih sampai pandai berenang macam ayah aku. Hihi. Chaiyok2. 
 
 
K laa. Dah pukul 11.30 malam ni. Esok sekolah pulak. Aku nak tidur. Act, aku nk tgk tv dulu sebenarnya. Ngeh3 ~

Sunday, 17 June 2012

Tired Itu Letih .

 
Hai readers ! Aku sebenarnya baru balik dari sekolah. Emm, ada sukan. Harini mmg kelam kabut gila wei. Dia beritahu last last minute yg harini ada sukan yg aku wakil. Memang good good ah. Sampai je rumah, terus makan. Lepas tuu mandi then bertolak semula pergi sekolah dengan kakak aku. Kitaorang naik motor k. Ahahak. Kereta mak aku rosak :(
 
Sampai sekolah cari geng2. Lepas tuu pergi berkumpul dekat rumah sukan masing2. Pergi tick nama apa semua. Lepas tuu duduk tengah padang tunggu turn nak lari 200 meter. Act, aku ganti org je yg 200 meter tuu. Cikgu suruh. Huwaaa >_< ! Terpaksa wei.
 
Aku lari 200 meter tuu dpt no. 4. Tapi kakak aku and ada kawan aku cakap, aku dpt no. 3. Entah laa. Aku pun tak sure. Ahaha. Eh2, aku tak lari pun 800 meter sbb aku dengar cikgu ckp sapa taknak lari pun takpa. Acara terbuka. Aku terus blah dari tempat kejadian. Hoho ~
 
 
Sampai sini je laa post aku kali ni. Aku nak pergi spa urut kaki jap. Ahaaa, kononya ^^

Thursday, 14 June 2012

Banyak Banyak :3

 
Hai stalkers ! Jawab tak lagi salam kat atas tuu ? Ngeh ngeh ngeh. Jawab laa kalau taknak dosa =) . Ok. Masa hari Rabu tuu ada perjumpaan rumah sukan Bendahara. Act, bukan rumah Bendahara je, rumah Temenggung pon ade. Dia gabung. Ergh -,-
 
Bad news ! Aku kena masuk 800 meter wei. Auni and Nazira pon masuk jugak. Sebenarnya aku taknak pon, tapi cikgu paksa jugak aku tulis nama. 800 wei. 800 ! 200 meter pon belum pernah aku wakil sebelum ni. Ni kan 800. Perghh, mmg best ah. Haha XD. Papepon gud luck utk Auni and Nazira. Tak lupa juga kepada diriku sendiri. Doakan kitaorang k. Hehe --
 
 
Eh2, result periksa semua dah dapat. Menaik laa sikit drpd dulu. Tapi still tak capai target aku. Huwaaa >_< ! Takpe, aku pegang ayat ni 'Setiap kejayaan bermula daripada kegagalan'. Chaiyok3 (Y) .
 
P/S : Muka aku kena jajah jerawat =( !
 
 
 
 
 

Monday, 11 June 2012

Whaaaat ?

 
Perghh ... Tajuk suspen habis ! Aku saja je sebenarnya sbb x tau nk buat tajuk ape. Ahaha. Bikin kecoh saja ~ Emm, aku sebenarnya xde benda baru pom nk kongsi tapi aku gatai2 tangan jugak nk update. Ngeh :3 ! A day without post is like a year without rain ... :D
 
Emm, takdi kelas aku x belajar mane pom. Belajar 2 subjek je sbb ramai cikgu x dtg. Jgn tanye aku kenape. Hoho. Mcm biase laa, aku kumpul ngan geng2 aku kat satu meja Buat ape lagi ? Cite antuu laa. Ngoh2. Aku bajet berani je. :)
 
Oh ye, ayah aku pergi Bintulu, Sarawak harini. Bertolak pukul 4 pagi takdi. Ade urusan kerja sikit. Ayahh, nk ikutt ! Hoho. So emak aku laa yg hantar aku pergi sekolah. Jadi x payah laa buat2 terkejut pulak nampak aku dtg sekolah awal. Hahahahaha.
 
Takde kaitan. :D
 

Saturday, 9 June 2012

Finally ^^

 
Perghh.. Gile lame aku x update blog. Sebenarnye aku update tapi bile post die tinggal tajuk je. Mende yg aku tulis semue ghaib begitu saja. Tak tension pommm -,-
 
Emm .. Ape nk tulis erk ? Aku dah blank ni. Mungkin sbb banyak makan gulai kenduri musim cuti ni sampai blank kepale otak. Haha. K ah ... Tata. Makin lame aku tulis, makin pening korang bace sbb aku dah start kemerapuan aku ni ~ Peace v_v
 
Kakak aku kate die gelak mcm Cat dlm cite Victorious tuu. Euuwww ! Tlglah jgn percaye ~ 
 

Friday, 1 June 2012

1 June !

 
Wow, dah masuk bulan baru laa. Maknanya Ramadhan pom dah nk dekat ni. Hooraayy ! Tapi ... puasa lagi 3 hari aku tak ganti. Shhhh. Ahahaha. Aku ingat nk minggu depan. InsyaAllah boleh :)
 
Dan .. Harini Befday mak aku yg ke teett. Hehe. Baru 42. Hehe. Dont worry mummy, you still look like anak dara laa. Hewhew. Adik ikhlas ni tau. Tak tipu langsung ~
 
- Semoga panjang umur .!
- Semoga mak happy sokmo :)
- Semoga mak dpt apa yg mak hajati. Hihi
- Semoga kita akan terus menjadi sebuah keluarga yg bahagia :D
- Semoga berjaya dlm misi belajar membuat kek mak !
 
Kek harijadi mak aku buat sendiri tau. Kek coklat. Terbaik ah. Lagi sedap dari kedai punye. Mak, adik akan cuba sedaya upaya jadi anak yg baik dan solehah. InsyaAllah. Adik janji. Sayang mak ♥